Friday, January 15, 2010

MARSHMALLOW CHOC



Produk terbaru...marshmallow dicelup cokelat (gunakan dark chocolate). Boleh gunakan marshmallow jam filled (strawberry, grape atau orange). Kalau nak cantik celupkan separuh jer.

Kepada penggemar cokelat, nak celupkan semua pun boleh. Gummy marshmallow (strawberry, orange dan apple) pun boleh dicelup cokelat. Rasanya memang best...

Satu paket (2 biji)=RM1.00 sahaja

Tuesday, December 15, 2009

AGENT DI BATU PAHAT, JOHOR

FUZA MARSHMALLOW KINI BOLEH DIDAPATI DI BATU PAHAT, JOHOR.

HUBUNGI ELYZA DI TALIAN 019-7385538
JANGAN LEPASKAN PELUANG MENIKMATI RASA MARSHMALLOW HALAL, SEDAP, COMEL...
SELAMAT MENCUBA

Wednesday, December 9, 2009

COKLAT MARSHMALLOW SLICE


















BAHAN-BAHAN

KULIT RAPUH

180g biskut manis (biskut marie pun boleh)

90g mentega (dicairkan)

INTI

120g marshmallow (sebarang marshmallow)

100g dark chocolate

3 tbsp susu segar

1/2 tbsp gelatin (halagel)

1 tbsp air panas

1 tsp esen vanila

250g krim pekat (fresh cream)


CARA-CARA

KULIT RAPUH

Hancur dan putarkan biskut dengan pemutar sehingga halus. Gaul dengan mentega cair rata-rata. Tekan rata-rata di bahagian bawah dan disekeliling acuan flan berukuran 18cm (7 inci). Dinginkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.

INTI

Cairkan marshmallow, dark choc dan susu segar secara 'double boiled'. Larutkan gelatin dalam air panas dan campurkan ke dalam adunan marshmallow yang sudah larut. Masukkan esen vanila. Tutup api dan biarkan sejuk.

Putarkan krim sehingga cukup kembang (soft peak) dan masukkan ke dalam adunan marshmallow.

Tuangkan inti ke dalam kulit rapuh yang telah disediakan tadi dan dinginkan sehingga beku. Hias dengan krim dan cokelat yang diparut atau apa sahaja hiasan mengikut kesukaan anda. Hidangkan sejuk.

nota: Resepi daripada buku yang dihadiahkan oleh mak tersayang terbitan Times Books International, Betty Yew (1981).

SELAMAT MENCUBA!!!

PENGUMUMAN

Berita baik!!!
STOK FUZA MARSHMALLOW SUDAH BERADA DI JOHOR BAHRU. KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI:
MOHD ZAKIR DI TALIAN 0137531166
ATAU

SENARAI PRODUK (STOK TERKINI)

BURGER
REGULAR WHITE
REGULAR PINK
COFFEE
GUMMY APPLE
GUMMY STRAWBERRY
GUMMY ORANGE
JAM FILLED GRAPE
JAM FILLED ORANGE
JAM FILLED STRAWBERRY
GUMMY MANGO
GUMMY FRUIT
BERRIES GUMMY

HARGA BAGI SETIAP JENIS RM50/KG; BOLEH BELI MINIMUM 100GM UTK. SETIAP JENIS (KALAU AMBIL SENDIRI).

PAKEJ MENARIK UNTUK AGEN, SILA HUBUNGI TERUS FUZA MARSHMALLOW DI 0197783672

Monday, November 2, 2009

Lolli Marshmallow

Kreativiti daripada Mars Homemade Chocolate telah menghasilkan lolli marshmallow bersalut cokelat dengan pelbagai hiasan.



Sesuai untuk menceriakan majlis harijadi si comel bersama kawan-kawan.

Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, boleh menghubungi Puan Marhamah (toke Mars Homemade Chocolate) atau kami sendiri di Fuza Marshmallow

Jenis-jenis Marshmallow di Fuza Marshmallow


Kami ada menyediakan 18 jenis rasa dan bentuk marshmallow. Buat masa ini, gummy grape, sandwich mango dan sandwich strawberry kehabisan stok sehingga diberitahu. Marshmallow kami telah mendapat pengesahan halal daripada pihak JAKIM.